01 June 2006

HIJRAH

Pengumuman!

Sejak merangkul gelaran BLOGGER TERHEBAT. Penulis blog ini telah berpindah. Harap maklum. KLIK SINI!

10 May 2006

Lagu Medley Merempitku

Semalam beli speaker, malas nak cari lagu minus one atau karaoke. Berjaya juga aku rakam suara untuk menyanyi sendiri. Dalam sehari aku siapkan video klip lagu. Dalam sehari aku jadi komposer, penyanyi, pengalun muzik, pengarah dan penerbit. Fuh... Dahsat. Mengkagumkan. kalau diberi masa lagi sempat aku buat album agaknya... Aku ada banyak idea... Tapi dia nak satu. Nak wat camne... Tetapi untuk tidak menghampakan dan menghiburkan semua. Aku bercadang mahu me'medley'kan lagu ni... Kini, terimalah..... Lagu Medley Merempit

Warna Kerempitanku (Ikut tune Warna kehidupanku – Yusri KRU)

Merah menyala oh lampumu

Deras pantas motorku

Bercelaru oh jiwaku

Bila tak pergi jauh

Derumanku menambah kebingitanmu

Petrol naik tak ku hiraukan

Asal rempit semalaman

Sekatan tidak aku gentar

Polis tahan aku langgar

Kematianmu menjana keangkuhanku

Sekali tak ku lepaskan

Tiap ada peluang,

Ayah tak pernah bising

Pandu tak ada lesen,

Emak tak pernah kisah

Walau ku ambil dadah,

Kutagih hanya satu

Ku menang dapat hadiah si 'Ayu'

Wheelie, superman, wikang juga

Ku buat semua gaya

Jalan sesak macam lengang

Ku pandu pandang belakang

Kelakuanku membangkit kemarahanmu

Walau sering kau buat sekatan

Tetapi aku masih tak dapat kau tahan

Demi rempit sanggup ku melawan

Memecut bak peluru,

Tentuku dapat nombor satu

Sangat sesak laluan

Samy besarkan jalan,

Aku sangat gembira

Tanpa ingatkan nyawa,

Gelap gelita pandangan

Selepasnya pelanggaran,

Satu pasti buatku,

Cedera atau mati katak di situ...

Aduh Merempit (lagu ikut tune Aduh Saliha – Mawi)

Mana kepala ku

Hendak ku hentakkan

Keras kepalaku pada

Jalan yang rapuh

Laju sakan Karak ke Tumpat

Laju kejar tak sempat

Mana kelakian ku

Hendak ku taruhkan

Tagih selera ku

Pada kasih yang jatuh

Jatuh bukan badan yang calar

Jatuh nyawa dan lengan

Bertahun ku sudah berjaya

Tak mungkin dalam bahaya

Tagih ku bagai tak tahan

Kalau dilepaskan

Tika rempit di hurung lawan

Aduh merempit terbabas

Belum lagi tersedar

Yang ku mahukan sakan

Oh hanya lah suka

Sesudah bersalah barulah

Aku koma otakku tercalar

Kakiku tersedu

Oh...sakitnya

Makan berpalang

c/o

Hoi biarkan aku di tepi

Nahasnya kurasa

Peritnya aku berlumba

Hoi biarkan aku di tepi

Meratapi mati hidupku dah tak berguna

Hoi biarkan aku di tepi

Merasai sakit telah terasa

berlumba

Oooohh.. Merempit.

_________________________

Tragedi Merempit (ikut tune Tragedi Oktober - Awie)

Tak insaf lagi aku

Walaupun dah berlaku

Celakaan menimpai diriku

Ku mahu rempit lagi

Buruan polis misteri

Mak bapak pun dah tak peduli

Ku mahu merempit lagi

Merempit dalam berjudi

Tragedi merempit

( korus )

Keinsafanku hanyalah mainan wayang

Wajarkah semua salahkan diriku

Bukan sengaja aku oh berbuat begitu

Bagiku kau adalah kawanku

Oh diriku…

Belum lagi ku cuba

Superman atas motormu

Berilah peluang matiku

Aku sanggup berjaga

Berhibur di kala muda

Kalauku insaflah gamaknya

Ku mahu merempit lagi

Merempit dalam berjudi

Tragedi Merempit

ulang korus

Keinsafanku hanyalah mainan wayang

Wajarkah semua salahkan diriku

Bukan sengaja aku oh berbuat begitu

Bagiku kau adalah kawanku

Oh diriku…

_________________________

Nyanyian Rempit (ikut tune Nyanyian Serambi – Ramli Sarip)

Keluar pagi balik malam

Adakala sampai subuh

Cari fantasi jiwa tenang

Jati diri yang melayang

Oooo. Bertaubatlah

Jalan mana boleh saja

Aksi bagus bisa tagih

Bakat ini semulajadi

Ini hajat hati nurani

Oooo… Sedarilah

[Bridge]

Lama kucari aksi canggih

Gaya canggih untuk kekasih

Senang senang dok Jalan Imbi

Mendendang lagu basi

Tasbih konon ada di tangan

[Chorus]

Andai diriku wakil MASUM

Biar aku tersenyum

Jadi orang terulung

Biar dapat setimbun kalung

Kan ku tidak rempit pulun

Rahmat yang Maha Agung

___________________________

My Photo

OFFICE HOUR


  • "" ""

July 2006

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31          
Powered by Friendster Blogs